Monday, August 12, 2013

Raya saya :)

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah setelah raya keenam, selesai sudah jelajah raya saya sekeluarga ke rumah sanak-saudara dan sahabat handai (tak rasmi lagi ni, mungkin lepas ni ada lagi kot) :P Ok jom kita rewind balik apa yg dah berlaku dari malam raya sampai raya....pretama pertama (cukuplah kot)  :)

Malam raya
Bermalam di rumah opah (tahun ni belah mak). Kampungnya jauh sangat, di Klebang, Ipoh -_- Sebenarnya saya agak kurang bernasib baik kerana kampung belah mak dan abah dua2 dekat Ipoh je. Dan bukan kampung pun sebenarnya, taman perumahan. Abah bijak, tidak memilih perkara2 remeh yang lain untuk memilih jodohnya. Pilih orang dekat2 je jadi isteri hehehe :P

Sabda Rasulullah s.a.w. "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia" (Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Ok malam raya, apa lagi, gather dgn sepupu semua, mainlah mercun dan bunga api! :D

Amirah, adik bongsu saya :)

Atirah, sepupu:)

Amir, sepupu. Dia ada kembar tau, Amirul (sebenarnya saya pun tak sure ni Amir ke Amirul ;P)
Dan beberapa lagi sepupu lain yg tak sempat snap gambar haha. Memang malam tu kami fight dengan jiran2 main mercun. Tapi kami kalah la sebab senjata dan bahan api kami tak sehebat diorang :3



1st Day
6.00am: Bangun, mandi sunat aidilfitri, subuh, pakai baju raya. Setting2 sikit depan cermin bagi nampak       bergaya. Setahun sekali la katakan :)


8.00am: Sarapan, lemang ketupat rendang (semua yang wajib di hari raya) :) Peristiwa lemang basi pun ada haha. Kemudian terus ke Masjid Jamek Klebang Restu untuk solat sunat Aidilfitri :)


10.00am: Bermulalah acara bersalam-salaman satu keluarga. Kat sinilah air mata menitis tatkala menyedari
banyaknya dosa kpd ibu bapa dan saudara :(

“Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan perbuatan baik, serta berpisahlah dari orang-orang yang bodoh.” (al-A’raf: 199)


11.00am: Sesi bergambar :)

Me and family :)

Adik-beradik :)

Abah dan mak :)


2.00pm: Jam ni dan berikutnya, bermulalah berduyun-duyun tetamu datang beraya di rumah opah. Penat juga melayan tetamu, tapi gembira kerana suasana hari raya menceriakan hati :)

In shaa Allah, setakat tu ja perkongsian hari raya saya. Tak larat jugak rasanya nak taip semua dalam blog hihi (baru tau penatnya nak update blog :P) Ok takaballahu minna wa minkum :D



Takbir Raya :)

Assalamualaikum :)





Jom usha2 dari mana sejarah takbir raya ni?

1. Al-Quran
"Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangan (sebulan Ramadan) dan kamu mengagungkan Allah        (bertakbir raya) atas petunjukNya yang dianugerahkan kepada kamu agar kamu menjadi orang yang    bersyukur."  (Surah al-Baqarah 2:185)

2. Hadis
"Sesiapa menghayati malam Aidilfitri dan malam Aidiladha (dengan amal), hatinya tidak akan mati (pada hari kiamat) sebagaimana matinya hati (orang kafir dan ingkar) pada hari kiamat"  (hadis riwayat Imam al-Tabarani)




Thursday, August 8, 2013

Checklist Ramadan

Assalamualaikum :)


Dari Langkawi ke Kuala Kedah,
Meredah sungai, lautan dan paya,
Sebulan puasa selesai sudah,
Tibalah masa berhari raya :)

Alhamdulillah, berkat rahmat Allah s.w.t yg Maha Pemberi Kekayaan (المغنى) kita diberi peluang untuk melalui satu bulan madrasah yakni Ramadan hingga berjaya menjejakkan kaki ke 1 Syawal!

Haa, apa kata sebelum kita enjoy2 berhari raya, kita buat revision sikit tentang apa yg kita telah lalui sepanjang proses 'pembelajaran' kita dalam madrasah Ramadan dan adakah kita berjaya menggulung sekalung ijazah taqwa  di akhirnya? :)




























Macam mana sahabat, amalan2 harian di atas sempurna tak sepanjang Ramadan ni? Kalau belum, tak mengapa, Allah kan Maha Penyayang (الرحيم) :) Kita berdoa agar Allah menerima segala amal kita di bulan Ramadan yg lepas, minta Allah supaya dipanjangkan umur untuk sampai ke Ramadan akan datang. Supaya, kita dapat perbaiki kelemahan dan tingkatkan lagi amalan kita! :)


Surah Al-Mu'min, ayat 60
 

Artinya: "Dan berfirman Tuhanmu "Memohonlah (mendoalah) kepada-Ku, Aku pasti perkenankan permohonan (doa) mu itu."
Jom berdoa pada Allah! ^_^ 




























Tuesday, August 6, 2013

Protokol :)

Assalamualaikum :)


Haa sebagaimana Komander Kesatria (promote sikit :P), blog ini juga ada protokol dan disiplin yg tersendiri. Gempak tak? :P

Haha takda protokol pun sebenarnya. Saja nak perkenalkan konsep yg saya pakai dalam penulisan blog saya. Fokus-fokus utama blog saya adalah seperti berikut (skemanya -_-) :-

  1. Saling mengingati dan berkongsi mengenai perkara-perkara harian yg lazim kita lakukan sebagai seorang Muslim.
  2. Berkongsi/bertukar-tukar ilmu dan informasi mengenai aspek-aspek keislaman secara menyeluruh.
  3. Berkongsi informasi mengenai isu-isu yg berlaku di Malaysia dan seantero dunia serta kesannya.
  4. Berbincang mengenai permasalahan yg berlaku di sekeliling kita.
  5. Meluahkan perasaan, pendapat, dan perkara-perkara yg berlaku pada diri sendiri.

Haa macam tu lah lebih kurang misi&visi blog ni. Saya bukan seorang yg pandai menulis dan berkarya, jadi minta maaf kalau post-post saya agak berterbur sikit tatabahasanya >.<

In shaa Allah, walaupun dengan bahasa mudah dan santai, saya akan cuba juga membuat karya yg terbaik dan merealisasikan visi blog ini. Harap korang semua enjoy :)


Hai Blogger!! ^_^

Bismillahirahmanirrahim.. :)



Alhamdulillah akhirnya saya dah ada blog. Wah seronoknya! Hehe mungkin bagi anda semua yg dah lama berkecimpung dalam dunia blogger ni, tak ada la rasa apa kan. Tanggal 6/8/2013, bersamaan 28 Ramadan blog tersayang ni dicipta :) Haa, bulan puasa tau blog ni dicipta.

Ok, blog dah siap. Next?? Hmm orang kata blog ni lah 'diari' kita. Tempat kita berceloteh, meluahkan perasaan, memaki hamun, dan sebagainya. Tak lupa juga, berdakwah :)
Jadi, in shaa Allah saya akan memanfaatkan sebaik mungkin blog ini utk anda semua. Kalau ada post2 yg tak disukai lepas ni saya MINTA MAAF awal2 ya >.<

Oklah, dah nak buka puasa ni. Menu harini, hee adalah. Yang penting bukan saya yg masak hahaha. Ok selamat berbuka semua!! (padahal takda siapa pun lagi yg follow saya :P)