Monday, August 12, 2013

Raya saya :)

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah setelah raya keenam, selesai sudah jelajah raya saya sekeluarga ke rumah sanak-saudara dan sahabat handai (tak rasmi lagi ni, mungkin lepas ni ada lagi kot) :P Ok jom kita rewind balik apa yg dah berlaku dari malam raya sampai raya....pretama pertama (cukuplah kot)  :)

Malam raya
Bermalam di rumah opah (tahun ni belah mak). Kampungnya jauh sangat, di Klebang, Ipoh -_- Sebenarnya saya agak kurang bernasib baik kerana kampung belah mak dan abah dua2 dekat Ipoh je. Dan bukan kampung pun sebenarnya, taman perumahan. Abah bijak, tidak memilih perkara2 remeh yang lain untuk memilih jodohnya. Pilih orang dekat2 je jadi isteri hehehe :P

Sabda Rasulullah s.a.w. "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia" (Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Ok malam raya, apa lagi, gather dgn sepupu semua, mainlah mercun dan bunga api! :D

Amirah, adik bongsu saya :)

Atirah, sepupu:)

Amir, sepupu. Dia ada kembar tau, Amirul (sebenarnya saya pun tak sure ni Amir ke Amirul ;P)
Dan beberapa lagi sepupu lain yg tak sempat snap gambar haha. Memang malam tu kami fight dengan jiran2 main mercun. Tapi kami kalah la sebab senjata dan bahan api kami tak sehebat diorang :3



1st Day
6.00am: Bangun, mandi sunat aidilfitri, subuh, pakai baju raya. Setting2 sikit depan cermin bagi nampak       bergaya. Setahun sekali la katakan :)


8.00am: Sarapan, lemang ketupat rendang (semua yang wajib di hari raya) :) Peristiwa lemang basi pun ada haha. Kemudian terus ke Masjid Jamek Klebang Restu untuk solat sunat Aidilfitri :)


10.00am: Bermulalah acara bersalam-salaman satu keluarga. Kat sinilah air mata menitis tatkala menyedari
banyaknya dosa kpd ibu bapa dan saudara :(

“Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan perbuatan baik, serta berpisahlah dari orang-orang yang bodoh.” (al-A’raf: 199)


11.00am: Sesi bergambar :)

Me and family :)

Adik-beradik :)

Abah dan mak :)


2.00pm: Jam ni dan berikutnya, bermulalah berduyun-duyun tetamu datang beraya di rumah opah. Penat juga melayan tetamu, tapi gembira kerana suasana hari raya menceriakan hati :)

In shaa Allah, setakat tu ja perkongsian hari raya saya. Tak larat jugak rasanya nak taip semua dalam blog hihi (baru tau penatnya nak update blog :P) Ok takaballahu minna wa minkum :D



2 comments:

Dari anda :)